tunas rasa | taste bud | Reseptor pada lidah yang sensitif terhadap pelbagai rasa. | Menengah Rendah |
rasa | taste | Perihal sesuatu yang dialami oleh lidah apabila bersentuh dengan sesuatu. Contohnya, rasa manis, pahit, masam dan masin. | Menengah Rendah |
tekstur | texture | Rasa, keadaan atau sifat sesuatu permukaan atau bahan yang membentuk jalinan atau susunan bahagian sesuatu objek. Contohnya, jalinan serat pada kain dan susunan butir-butir halus tanah. | Sekolah Rendah |
pahit | bitter | Rasa seperti peria atau serbuk kopi. | Sekolah Rendah |
miang | prickly | Rasa gatal pada kulit apabila tersentuh rerambut halus yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan seperti daun jelatang atau batang buluh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
masin | salty | Rasa seperti air laut atau garam. | Sekolah Rendah |
masam | sour | Rasa seperti cuka atau buah asam. | Sekolah Rendah |
manis | sweet | Rasa seperti gula atau madu. | Sekolah Rendah |
kejutan elektrik | electric shock | Rasa sakit secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
oksigen | oxygen | Gas yang tidak mempunyai rasa, bau dan warna, yang terdapat di udara dan diperlukan semasa bernafas. | Sekolah Rendah |