Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rata;

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
satahplanePermukaan yang rata.Menengah Atas
satah condonginclined planePermukaan rata yang satu bahagian hujungnya diletakkan pada ketinggian berbeza. Lihat RajahSekolah Rendah
kelalang dasar leperflat bottom flaskKelalang yang rata pada bahagian dasarnya dan digunakan untuk mengisi cecair.Menengah Rendah
kasarroughPermukaan objek yang kesat dan tidak rata. Lihat RajahSekolah Rendah
cakeradiscPlat yang berbentuk bulat, nipis dan rata, yang digunakan untuk menyimpan data. Lihat RajahSekolah Rendah
konconeObjek yang meruncing ke hujung dari tapaknya yang rata dan bulat. Lihat RajahSekolah Rendah
epidermisepidermisLapisan sel paling luar pada tumbuhan, haiwan dan manusia. Pada tumbuhan, epidermis merupakan lapisan sel rata paling luar yang menutupi dan melindungi semua bahagian tumbuhan.Menengah Rendah
omnivoromnivoreHaiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang.Menengah Rendah

Kembali ke atas