kutub | pole | 1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hidung | nose | Struktur berongga yang terletak di sebelah atas mulut dan digunakan untuk menghidu dan bernafas. | Menengah Rendah |
hati | liver | Organ berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hati berfungsi menghasilkan hempedu dan menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan. | Menengah Rendah |
angkasa lepas | outer space | Ruang di sebelah luar lapisan udara yang melingkungi bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rangka luar | exoskeleton | Struktur penyokong keras yang berada di sebelah luar kulit sesetengah organisma. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
apendiks | appendix | Bahagian unjuran yang terdapat pada bahagian pertama usus besar dan terletak di sebelah kanan abdomen manusia. Lihat Rajah | Menengah Rendah |