[ri.bu] | ريبو
Definisi : bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang meninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu dibahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ri.bu] | ريبو
Definisi : bilangan seribu-seribu: se~ bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; empat ~ 4,000; sepuluh ~ 10,000. beribu-ribu beberapa banyak ribu: Tiap-tiap tahun, ~ orang Islam dr Malaysia pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji. ribuan 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. seribu satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ri.bu] | ريبو
Definisi : ; ribu-ribu, reribu nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)