Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu.ri.bu] | ريبو٢

Definisi : sj tumbuhan (paku-pakis), selada, Lygodium scandens; ~ besar = ~ gajah sj tumbuhan (paku-pakis), Lygodium flexuosum; ~ bukit = ~ duduk sj tumbuhan (paku-pakis), akar sidin, paku jari merah, Lygadium circinnatum; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Anisophylla scor­techinii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu.ri.bu] | ريبو٢

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu-ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
super raksasasuper giantBintang yang besar dan mempunyai beribu-ribu kali lebih besar kecerahan daripada matahari dan mempunyai diameter lebih daripada 100 kali diameter bumi. Bintang super raksasa adalah dalam fasa kematian bintang.Menengah Rendah
kromosferachromosphereLapisan atmosfera matahari yang berada di atas lapisan fotosfera. Lapisan ini mempunyai ketebalan beribu-ribu kilometer dan berwarna jahang (merah tua). Lihat RajahMenengah Rendah
bahan api fosilfossil fuelBahan api daripada fosil, iaitu sisa-sisa haiwan dan tumbuhan purba yang tertimbus beribu-ribu tahun yang lalu. Contoh bahan api fosil ialah petroleum, arang batu dan gas asli.Menengah Rendah

Kembali ke atas