rintangan | resistance | Keupayaan sesuatu bahan untuk mengehadkan atau menentang aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
rintangan | resistance | Nisbah beza keupayaan merentasi sesuatu komponen elektrik kepada arus yang mengalir melaluinya. | Menengah Atas |
rintangan dalam | internal resistance | Rintangan yang terdapat di dalam sumber tenaga elektrik seperti sel, dinamo, atau akumulator untuk menentang gerakan cas. | Menengah Atas |
rintangan berkesan | effective resistance | Rintangan yang dihasilkan daripada gabungan beberapa perintang yang disambung secara bersiri atau selari. | Menengah Atas |
ohm | ohm | Unit untuk mengukur rintangan elektrik. Simbol Ω. | Menengah Rendah |
litar pintas | short circuit | Sambungan rintangan rendah yang melintasi sumber voltan. Litar ini menghasilkan aliran arus yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan. | Menengah Rendah |
superkonduktor | superconductor | Konduktor yang mempunyai rintangan yang sangat kecil terhadap aliran arus elektrik. | Menengah Atas |
perintang piawai | standard resistor | Perintang yang mempunyai kadar rintangan yang telah ditetapkan. | Menengah Rendah |
aloi superkonduktor | superconductor alloy | Kumpulan aloi yang mempunyai rintangan elektrik yang sifar pada suhu tertentu dan boleh mengalirkan elektrik. | Menengah Atas |
kekerasan | hardness | Sifat jirim dalam fasa pepejal yang memberikan rintangan yang tinggi kepada pelbagai jenis perubahan bentuk apabila daya dikenakan. | Menengah Atas |