herbivor | herbivore | Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja. Contohnya, rusa. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
monokultur | monoculture | Penanaman satu spesies tumbuhan sahaja di sesuatu kawasan. | Menengah Atas |
herbivor | herbivore | Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. Herbivor mempunyai gigi yang disesuaikan untuk mengisar tumbuh-tumbuhan. Sistem pencernaannya berupaya untuk mencerna bahan selulosa. Contohnya, rusa dan lembu. | Menengah Rendah |
karnivor | carnivore | Haiwan yang memakan haiwan lain sahaja. Contohnya, harimau memakan kijang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
unsur | element | Bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja dan tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih kecil dan ringkas. | Menengah Rendah |
lut cahaya | translucent | Sifat bahan yang membenarkan sebahagian cahaya sahaja melaluinya. Contohnya, cermin mata hitam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
polimer termoset | thermosetting polymer | Plastik yang boleh diacu sekali sahaja. Contohnya, melamina, bakelit, dan perspeks. | Menengah Atas |
pengutuban | polarization | Proses membenarkan cahaya lalu pada satu satah sahaja dengan menggunakan polaroid. | Menengah Atas |
molekul dwiatom | diatomic molecule | Molekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl). | Menengah Atas |
injap | valve | Sebarang struktur yang membenarkan aliran bendalir dalam satu arah sahaja dan berkebolehan menutup tiub atau saluran bagi mengelakkan aliran bendalir bergerak ke arah bertentangan. | Menengah Rendah |