penyiasatan saintifik | scientific investigation | Kaedah penyiasatan mengikut pendekatan yang sistematik. Antaranya mengenal pasti masalah, mengenal pasti pemboleh ubah, membentuk hipotesis, merancang dan menjalankan penyiasatan, mengumpul data, menganalisis data dan membuat kesimpulan. | Menengah Rendah |
arkeologi | archaeology | Kajian saintifik tentang peninggalan zaman purba. Kajian dibuat melalui penggalian dan penghuraian kesan-kesan peninggalannya. | Menengah Rendah |
teknologi | technology | Aplikasi pengetahuan saintifik yang meningkatkan kualiti hidup manusia melalui penciptaan baru. | Sekolah Rendah |
teknologi | technology | Aplikasi daripada pengetahuan saintifik yang meningkatkan kualiti hidup manusia. | Menengah Rendah |
paramesium | paramecium | Sejenis hidupan akuatik unisel yang berbentuk bujur. Organisma ini biasanya memakan bakteria. Nama saintifik Paramecium sp. | Menengah Rendah |
euglena | euglena | Kumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ameba | amoeba | Sejenis hidupan satu sel yang boleh berubah bentuknya. Kebanyakan ameba hidup bebas dalam air tawar dan kawasan yang lembap seperti tanah dan lumpur. Ameba merupakan salah satu daripada kelompok protozoa. Nama saintifik Amoeba sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |