Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[saiz] | ساءيز

Definisi : besarnya (kasut, baju, dll), ukuran besar (se-suatu); bersaiz dgn saiz: dua keping gambar ~ poskad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[saiz] | ساءيز

Definisi : ukuran besar kecilnya sesuatu benda yg telah ditetapkan: Saya memakai kasut ~ 6. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saiz (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ukuran, besarnya.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bintang raksasagiant starBintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km.Menengah Rendah
pembesaranmagnificationNisbah saiz imej kepada saiz objek atau panjang imej kepada panjang objek.Menengah Atas
kekerdilandwarfismKeadaan saiz individu yang lebih kecil daripada normal, akibat kerencatan pertumbuhan yang mungkin berpunca daripada kekurangan beberapa hormon.Menengah Atas
pertumbuhangrowthProses pertambahan saiz dan kerencaman organisma akibat pertambahan bilangan sel dan tisu. Pertumbuhan melibatkan tiga peringkat perkembangan, iaitu pembahagian, pemanjangan dan pembezaan sel.Menengah Rendah
pengecutancontractionProses yang menjadikan saiz sesuatu bahan semakin mengecil.Menengah Rendah
pengecutancontraction1. Proses yang menjadikan saiz sesuatu bahan semakin mengecil. 2. Pemendekan suatu otot sebagai gerak balas kepada impuls saraf motor.Menengah Atas
kekenyalanelasticityKeupayaan sesuatu bahan yang boleh kembali kepada saiz, panjang atau bentuk dimensi asalnya setelah daya yang dikenakan ke atasnya dialihkan.Menengah Atas
kadar pertumbuhangrowth rateKadar atau kepantasan peningkatan bilangan atau saiz sel dalam organisma atau peningkatan bilangan organisma dalam populasi.Menengah Atas
pertumbuhangrowthProses semula jadi yang dialami oleh benda hidup seperti pertambahan saiz dan perubahan bentuk. Lihat RajahSekolah Rendah
perubahan fizikalphysical changePerubahan pada sifat-sifat fizikal sesuatu bahan seperti bentuk, saiz, warna, jisim dan ketumpatan.Menengah Atas
12

Kembali ke atas