Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.ti] | سقتي

Definisi : 1. = kesaktian kuasa yg di luar kemam-puan manusia dll biasa (kebal dll): masing-masing pun mencita ~nya pula lalu menjadi naga; 2. menaruh hikmat, mempunyai kuasa ghaib, bertuah, keramat: keris yg ~; menyaktikan 1. menjadikan sakti; 2. melaku-kan sesuatu dgn sakti; kesaktian, kesakti ark sakti: mereka mem-punyai sifat-sifat ~ yg tidak dapat ditandingi lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.ti] | سقتي

Definisi : 1 = kesaktian kuasa atau ke­bolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakti (adjektif)
Bersinonim dengan keramat, bertuah, mujarab, manjur, berkuasa, berpuaka, ampuh;,
Kata Terbitan : kesaktian,

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Teluknya dalam,
     rantaunya sakti.

Bermaksud :

Tidak mudah dialahkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
galaksi Bima SaktiMilky Way galaxyKumpulan bintang dan gas yang berbentuk pilin, yang kelihatan seperti satu jalur cahaya di langit. Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi 1011 bintang. Galaksi ini bergaris pusat 105 tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini.Menengah Rendah
galaksigalaxyHimpunan berbilion-bilion bintang, planet, debu dan gas di dalam semesta. Galaksi terdapat dalam bentuk pilin, elips atau tidak seragam. Sistem suria terdapat dalam galaksi Bima Sakti. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas