Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan; ~ membantu bantu-membantu, ber-tolong bantu; kesalingan perihal (keadaan, sifat dsb) ber-balas-balas antara dua pihak: kebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah fungsio-nalisme dlm kehidupan manusia dan jalinan perwatakan suatu karya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan perbuatan dll yg berbalas-balasan; sama-sama: ~ membantu sama-sama menolong; bantu-membantu. menyaling (ber­tin­dak) berbalas-balasan antara satu dgn yg lain. kesalingan perihal atau keadaan berbalas-balas antara dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saling (kata tugas)
Bersinonim dengan berbalas-balasan, sama-sama, serentak.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
saling bersandaraninterdependenceHubungan antara haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dalam habitat yang sama. Hubungan ini mewujudkan persekitaran ekosistem yang seimbang.Menengah Rendah
interaksiinteractionPerhubungan yang aktif dan saling bergantungan antara benda hidup.Sekolah Rendah
jaringan makananfood webRangkaian beberapa rantai makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam sesuatu ekosistem.Menengah Rendah
ekosistemecosystemSistem ekologi yang terdiri daripada komuniti yang saling berinteraksi dengan persekitarannya, dan seterusnya mewujudkan keseimbangan antara tumbuhan, haiwan, dan bahan tak organik.Menengah Atas
fenotipphenotypeSifat fizikal organisma yang dapat dilihat. Sifat ini terhasil daripada saling tindakan di antara genotip dengan persekitaran.Menengah Atas
orbitorbitLaluan suatu jasad angkasa lepas untuk mengelilingi jasad yang lain akibat saling tindakan daya graviti masing-masing. Contohnya, orbit yang dilalui oleh bulan di bawah pengaruh bumi.Menengah Rendah
corak interferensinterference patternsCorak keseluruhan yang terbentuk apabila dua atau lebih gelombang saling bertindih atau superposisi. Lihat RajahMenengah Atas
komuniticommunityKumpulan tumbuhan dan haiwan yang berlainan spesies yang tinggal dalam habitat yang sama dan hidup saling bergantung antara satu sama lain.Menengah Rendah

Kembali ke atas