Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma.sa.ma] | سام٢

Definisi : 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama-sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Orang bergayung sama pandai,
     sama bak kundi atas dulang.

Bermaksud :

Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
saling bersandaraninterdependenceHubungan antara haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dalam habitat yang sama. Hubungan ini mewujudkan persekitaran ekosistem yang seimbang.Menengah Rendah
kutub magnetmagnetic poleKawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat RajahMenengah Rendah
cas elektrikelectric chargeZarah asas positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui tindak balas elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain.Menengah Atas
segi empat samasquareBentuk segi empat yang setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya ialah sudut tepat.Lihat RajahSekolah Rendah
replikasireplicationProses menghasilkan salinan yang sama. Contohnya, molekul DNA menghasilkan salinan yang sama bagi dirinya.Menengah Atas
populasipopulationSekumpulan organisma daripada spesies yang sama, yang tinggal di habitat yang sama, dan mampu membiak.Menengah Atas
bakabreedKumpulan haiwan atau tumbuhan yang dianggap bertalian keturunan yang sama dan mempunyai kebanyakan ciri yang sama.Sekolah Rendah
molekul kutubpolar moleculeMolekul yang mempunyai taburan cas yang sama, iaitu bahagian positif dan negatif. Molekul kutub menarik antara satu sama lain dan juga ion.Menengah Atas
pendebungaan sendiriself-pollinationProses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga yang sama atau bunga lain dalam tumbuhan yang sama.Menengah Rendah
komuniticommunityKumpulan tumbuhan dan haiwan yang berlainan spesies yang tinggal dalam habitat yang sama dan hidup saling bergantung antara satu sama lain.Menengah Rendah
123456789

Kembali ke atas