kutub magnet | magnetic pole | Kawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
segi empat sama | square | Bentuk segi empat yang setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya ialah sudut tepat.1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
neutral | neutral | 1. Perihal atom yang mempunyai bilangan cas positif yang sama dengan cas negatif. 2. Perihal tidak bersifat asid dan tidak bersifat alkali, iaitu pada pH 7. | Menengah Rendah |
panjang gelombang | wavelength | Jarak di antara dua titik berturutan, bergerak pada fasa yang sama. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
kiub | cube | Bongkah yang mempunyai enam permukaan yang semuanya berbentuk segi empat sama sisi. Contohnya, dadu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kawanan haiwan | herd | Sekumpulan haiwan yang jinak atau liar, yang hidup bersama-sama. Contohnya, kawanan gajah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
getah | rubber | Bahan kenyal dan elastik sama ada daripada getah asli yang diperoleh daripada susu pokok getah atau bahan tiruan. Contohnya, tayar. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulatan | circle | Bentuk satah yang dilingkungi oleh garis yang berterusan dan mempunyai jarak yang sama dari titik tengah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
silinder | cylinder | Objek yang mempunyai satu permukaan yang melengkung, panjang, lurus dan dua hujung bulat yang sama saiz. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kertas litmus | litmus paper | Kertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |