supernova | supernova | Letupan yang sangat terang disebabkan bintang super raksasa yang meletup. | Menengah Rendah |
vitamin | vitamin | Bahan organik yang sangat penting diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Jenis-jenis vitamin ialah vitamin A, B, C, D, E dan K. | Menengah Rendah |
kalium | potassium | Unsur logam yang sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan sebagai komponen utama untuk membuat baja. Simbolnya, K. | Menengah Atas |
bulu halus | fine hair | Bulu yang sangat nipis dan lembut. Contohnya, bulu halus pada arnab. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sianida | cyanide | Garam tak organik yang sangat beracun dan mengandungi ion sianida (CN-). | Menengah Atas |
membran plasma | plasma membrane | Membran yang sangat tipis yang menyaluti sel terdiri daripada fosfolipid dan protein struktur. | Menengah Atas |
nyalaan suria | solar flare | Ledakan cahaya yang sangat cerah pada permukaan matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. | Menengah Rendah |
helium | helium | Gas yang tidak mudah terbakar, sangat ringan dan tidak reaktif dari segi kimia. Helium diperoleh daripada pencairan gas asli dan digunakan untuk mengisi belon udara. | Menengah Rendah |
kerajang aluminium | aluminium foil | Bahan aluminium yang sangat nipis dan ringan. Kerajang aluminium biasanya digunakan untuk membalut makanan seperti coklat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cuaca melampau | extreme weather | Keadaan cuaca yang sangat berbeza daripada cuaca yang biasa. Contohnya, cuaca yang terlampau panas atau terlampau sejuk. | Sekolah Rendah |