Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bersatu padu bersatu benar-benar, merupakan perikatan (permuafakatan) yg kukuh: cinta laki-laki ~ dgn cinta perempuan sehingga tidak dapat dipisah-pisahkan; sewajibnyalah mereka ~ dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; menyatupadukan menjadikan bersatu padu (supaya lebih kuat, kukuh, dll): salah satu tujuan ibadat haji ialah utk ~ umat Islam; Bahasa Kebangsaan merupakan alat perhu-bungan utk ~ semua rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini; mempersatupadukan ark menjadikan ber-satu padu; penyatupaduan proses menyatupadukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kukuh atau mantap kerana bergabung. bersatu padu bergabung (berkumpul dsb) hingga menjadi kukuh. menyatupadukan menjadikan satu padu: Pembentukan kebudayaan nasional amat penting utk ~ masyarakat yg berbilang kaum. penyatupaduan perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
isi padu molarmolar volumeIsi padu yang dipenuhi oleh satu mol sesuatu bahan pepejal, cecair, atau gas. Ia ini juga dikenali sebagai isi padu mol.Menengah Atas

Kembali ke atas