pembiasan | refraction | Proses serakan sinaran atau gelombang radio sewaktu bergerak daripada satu permukaan ke satu permukaan yang lain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga daripada tumbuhan hijau (pengeluar) melalui satu urutan organisma. Satu organisma akan makan organisma di aras rantai makanan yang lebih rendah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
jisim molekul relatif | relative molecular mass | Jisim purata satu molekul sesuatu bahan berbanding dengan 1⁄12 jisim satu atom karbon-12. | Menengah Atas |
periskop | periscope | Alat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ameba | amoeba | Sejenis hidupan satu sel yang boleh berubah bentuknya. Kebanyakan ameba hidup bebas dalam air tawar dan kawasan yang lembap seperti tanah dan lumpur. Ameba merupakan salah satu daripada kelompok protozoa. Nama saintifik Amoeba sp. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kaki | feet | 1. Ukuran panjang yang panjangnya dua belas inci. 2. Panjang satu kaki. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
protozoa | protozoa | Organisma satu sel yang mempunyai nukleus dan boleh bergerak. Contohnya, paramesium. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lebar | width | Ukuran dari satu sisi ke sisi yang lain pada suatu objek. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kutub magnet | magnetic pole | Kawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
alel | allele | Satu daripada sepasang gen yang menduduki tempat tertentu pada pasangan kromosom. Contohnya, alel untuk warna mata. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |