Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wat] | ساوت

Definisi : tali atau selendang yg diselepangkan ke bahu (utk menggantungkan keris, pedang, dll); ~ sandang tali kulit (sabuk) tempat menggantungkan keris (pedang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wat] | ساوت

Definisi : pesawat (dlm kata majmuk): tenaga ~; kerja ~; pesawat 1. alat perkakas, jentera, mesin: banyak ~ moden digunakan utk membuat kerja itu; ilmu ~ ilmu mengenai alat jentera (mesin); 2. alat (tali, rantai, bahagian jentera, dsb) yg menggerakkan jentera dsb: jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; tali ~ tali utk menggerakkan jentera atau roda; 3. = ~ terbang = ~ udara kapal terbang: ~ PIA; ~ asap (wap) mesin yg dijalankan dgn tenaga wap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk berlatih dsb); ~ jet kapal terbang jet (digerak-kan dgn semburan gas yg terbakar, tidak dgn kipas); ~ peluncur sj kapal terbang yg tidak bermotor (berjentera); ~ pengebom (pem-buang bom, pelempar bom) Id kapal terbang yg digunakan utk menggugurkan bom; ~ pemburu kapal terbang yg dapat bergerak deras (digunakan utk mengejar kapal terbang musuh dll); ~ penempur kapal terbang utk bertempur; ~ pengintai kapal terbang utk mengintai di sesuatu kawasan dll; ~ radio radio (alat) utk menerima siaran radio; ~ telefon alat utk berhubung dgn telefon; berpesawat memakai pesawat (alat, mesin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wat] | ساوت

Definisi : Kl alat kelamin binatang (kuda, lembu, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wat] | ساوت

Definisi : 1 tali dll yg diselendangkan atau yg dibelitkan: ~ sandang tali tem­pat menggantungkan pedang atau keris. 2 kep pesawat (digunakan dlm gabungan kata): tenaga ~ tenaga yg dihasilkan oleh jentera (mesin dsb). pesawat 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. ~ asap (wap) jentera yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ radio alat utk menerima siaran radio. ~ telefon alat utk berhubung dgn seseorang melalui telefon. ~ terbang (udara) kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sawat


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sawat penyampaiconveyor beltTali atau rantai di antara gandar roda yang berpusing atau di antara takal. Tali ini berfungsi untuk menjalankan enjin atau menggerakkan sesuatu objek. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas