Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.tian] | سباتين

Definisi : ® bati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.tian] | سباتين

Definisi : campuran dua unsur atau lebih menjadi satu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.tian] | سباتين

Definisi : bahan yg terdiri drpd dua unsur atau lebih yg berpadu secara kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebatian


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tatanama IUPACIUPAC nomenclatureTatanama sebatian kimia, sama ada sebatian organik atau sebatian tak organik, mengikut kaedah yang dipersetujui oleh International Union of Pure and Applied Chemistry.Menengah Atas
metabolismemetabolismProses biokimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup.Menengah Atas
rajah titik silangdot and cross diagramRajah yang menggunakan tanda titik atau silang untuk mempamerkan elektron-elektron dalam sebatian ionik atau sebatian kovalen. Lihat RajahMenengah Atas
sebatiancompoundJirim yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang digabungkan dengan ikatan kimia.Menengah Atas
sebatian organikorganic compoundSebatian kimia yang mengandungi unsur karbon, iaitu unsur bukan logam yang terhasil daripada sumber tumbuhan atau haiwan.Menengah Rendah
sebatian tepusaturated compoundSebatian organik yang mengandungi ikatan tunggal antara atom-atom karbon. Contohnya, etana, C2H6.Menengah Atas
sebatian kovalencovalent compoundSebatian yang terdiri daripada atom-atom yang berkongsi elektron valens untuk membentuk ikatan kovalen.Menengah Atas
sebatian ionionic compoundSebatian yang dihasilkan daripada kation dan anion yang berbeza, diikat bersama-sama oleh daya elektrostatik.Menengah Atas
sebatian tak tepuunsaturated compoundSebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4.Menengah Atas
sebatian tak organikinorganic compoundSebatian yang berasal dari bahan bukan hidup.Menengah Atas
123456789

Kembali ke atas