Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pendebungaanpollination1. Pemindahan debunga daripada anter ke stigma sebelum persenyawaan berlaku pada angiosperma. 2. Pemindahan debunga daripada kon jantan ke kon betina sebelum persenyawaan pada gimnosperma.Menengah Atas
pundi kencingurinary bladderOrgan yang menyimpan air kencing sebelum disingkirkan melalui uretra.Menengah Rendah
pendebungaanpollinationProses pemindahan debunga dari anter ke stigma sebelum berlakunya persenyawaan dalam tumbuhan berbunga. Pemindahan ini biasanya berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti serangga, angin dan air.Menengah Rendah
keabadian momentum linearconservation of linear momentumJumlah momentum sebelum dan selepas pelanggaran sesuatu objek adalah sama, dengan syarat tiada daya luar bertindak pada objek tersebut.Menengah Atas
ralat sifarzero errorRalat yang tidak mempamerkan bacaan sifar sebelum pengukuran dibuat.Menengah Atas
tapak semaiannurseryTempat anak benih atau anak pokok ditanam sementara sebelum dipindahkan ke tempat lain. Lihat RajahSekolah Rendah
kuarantinquarantineTempat atau tempoh pengasingan sementara manusia, haiwan atau tumbuhan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan lain. Keadaan ini biasanya bertujuan untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit.Sekolah Rendah
litar selariparallel circuitLitar yang arusnya terbahagi kepada dua laluan atau lebih sebelum bertemu untuk membentuk litar lengkap. Lihat RajahSekolah Rendah
prinsip keabadian momentumprinciple of conservation of momentumPrinsip yang menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum perlanggaran sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran dengan andaian tiada daya luar dikenakan seperti daya geseran.Menengah Atas
prinsip keabadian jisimlaw of conservation of massPrinsip yang menyatakan bahawa jumlah jisim bahan sebelum berlakunya perubahan kimia, iaitu bahan tindak balas, adalah sama dengan jumlah jisim bahan sesudah berlakunya perubahan kimia, iaitu hasil tindak balas.Menengah Atas
12

Kembali ke atas