Glosari Sains Untuk Sekolah
pendebungaan | pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma sebelum berlakunya persenyawaan dalam tumbuhan berbunga. Pemindahan ini biasanya berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti serangga, angin dan air. | Menengah Rendah |
kuarantin | quarantine | Tempat atau tempoh pengasingan sementara manusia, haiwan atau tumbuhan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan lain. Keadaan ini biasanya bertujuan untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit. | Sekolah Rendah |
Kembali ke atas