barometer aneroid | aneroid barometer | Alat untuk mengukur tekanan atmosfera yang terdiri daripada sebuah kotak logam yang nipis berbentuk cakera, tertutup, tidak berudara dan disokong oleh sebuah spring. Perubahan tekanan atmosfera yang berlaku ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada barometer tersebut. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kotak hitam | black box | Sebuah kotak yang digunakan dalam eksperimen. Kotak ini digunakan oleh murid untuk meneka objek yang terkandung di dalamnya menggunakan semua deria. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
nic ekologi | ecological niche | Fungsi dan peranan organisma dalam sebuah komuniti atau sistem ekologi, bergantung pada penyesuaian struktur, gerak balas fisiologi dan perlakuan organisma tersebut. | Menengah Atas |
kamera lubang jarum | pin hole camera | Kamera yang terdiri daripada sebuah kotak yang mempunyai satu lubang halus. Cahaya dari objek memasuki kotak melalui lubang tersebut lalu membentuk imej songsang pada dinding kotak yang bertentangan dengan lubang itu. Lihat Rajah | Menengah Atas |
Biduk | Big Dipper | Kumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya membentuk imej biduk, iaitu sebuah gayung dan tangkainya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sistem hidraulik | hydraulic system | Suatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. Lihat Rajah | Menengah Atas |