diet seimbang | balanced diet | Komposisi makanan yang mengandungi semua kelas makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, pelawas, garam mineral dan air. Diet seimbang dikenali juga sebagai gizi seimbang | Menengah Atas |
ekosistem seimbang | balanced ecosystem | Ekosistem yang melibatkan interaksi secara harmoni antara organisma dengan organisma lain dan antara organisma dengan persekitaran. | Menengah Rendah |
diet seimbang | balanced diet | Komposisi kelas makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas mengikut nisbah yang betul bagi memenuhi keperluan individu. | Menengah Rendah |
makanan seimbang | balanced diet | Makanan yang mempunyai semua zat seperti protein, karbohidrat, lemak, air dan vitamin yang cukup, yang diperlukan oleh badan. | Sekolah Rendah |
gizi seimbang | balanced diet | Gizi yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, galian, garam mineral dan air untuk memastikan kesihatan yang baik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
diet seimbang | balanced diet | Makanan yang mengandungi semua kumpulan zat makanan pada kadar yang cukup dan sesuai untuk menjalankan fungsi badan. | Sekolah Rendah |
persamaan seimbang | balanced equation | Persamaan kimia yang bilangan setiap jenis atom pada kedua-dua belah bahan tindak balas dan hasil tindak balasnya adalah sama. | Menengah Atas |
daya seimbang | balanced force | Daya-daya yang bertindak ke atas objek atau sistem yang menghasilkan daya paduan sifar. | Menengah Atas |
daya tak seimbang | unbalanced force | Daya-daya yang bertindak ke atas objek atau sistem, dan menghasilkan satu daya paduan. Objek atau sistem tersebut memecut ke arah daya paduan yang terhasil. | Menengah Atas |
saling bersandaran | interdependence | Hubungan antara haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dalam habitat yang sama. Hubungan ini mewujudkan persekitaran ekosistem yang seimbang. | Menengah Rendah |