persetubuhan | copulation/sexual intercourse | Pemindahan sperma dari organ seks jantan ke organ seks betina untuk mensenyawakan ovum. | Menengah Rendah |
hormon seks | sex hormone | Hormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari. | Menengah Rendah |
seks heterogamet | heterogametic sex | Jantina spesies yang berbeza kandungan kromosom seksnya. Contohnya, manusia lelaki yang mempunyai kromosom seks X dan Y. | Menengah Atas |
pembiakan seks | sexual reproduction | Pembiakan yang melibatkan penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot. | Menengah Rendah |
baligh | puberty | Peringkat permulaan kematangan seks yang berlaku pada manusia. Organ-organ pembiakan mula berfungsi dan terdapat beberapa perubahan fizikal dan emosi yang berlaku pada peringkat ini. | Menengah Rendah |
gonorea | gonorrhea | Penyakit yang disebarkan oleh perhubungan seks secara rambang oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae. | Menengah Atas |
sindrom Turner | Turner syndrome | Sindrom pada manusia yang mempunyai kromosom seks XO. Individu yang terlibat berfenotip perempuan, tetapi lazimnya mandul. | Menengah Atas |
sindrom Klinefelter | Klinefelter syndrome | Sindrom pada manusia yang mempunyai kromosom seks XXY. Individu yang terlibat berfenotip lelaki, tetapi mempunyai ciri keperempuanan serta mandul. | Menengah Atas |
ovari | ovary | 1. Organ pembiakan pada vertebrat betina yang menghasilkan ovum dan hormon seks.2. Bahagian pembiakan betina bunga yang mengandungi ovul. | Menengah Rendah |
testis | testis | Organ pembiakan pada vertebrata jantan yang menghasilkan sperma dan juga hormon testosteron setelah mencapai kematangan seks. | Menengah Atas |