litar selari | parallel circuit | Litar yang arusnya terbahagi kepada dua laluan atau lebih sebelum bertemu untuk membentuk litar lengkap. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
titik fokus | focal point | Titik tempat sinar selari bertumpu selepas melalui kanta. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
gelombang membujur | longitudinal wave | Gelombang yang dihasilkan oleh getaran secara selari dengan arah perambatan gelombang. Contohnya, gelombang bunyi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
cermin cekung | concave mirror | Cermin yang mempunyai pemantul yang bentuknya melengkung ke dalam di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar menumpu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
cermin cembung | convex mirror | Cermin yang mempunyai permukaan pemantul yang bentuknya melengkung ke luar di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar mencapah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
periskop | periscope | Alat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |