fetus | foetus | Embrio mamalia selepas terbentuknya ciri-ciri utama yang terdapat pada mamalia dewasa. Fetus manusia ialah embrio yang berusia lapan minggu ke atas. | Menengah Rendah |
mencapah | diverge | Keadaan cahaya yang berserak selepas melalui kanta cekung. | Menengah Atas |
baki turasan | residue | Bahan yang tinggal selepas proses penurasan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
titik fokus | focal point | Titik tempat sinar selari bertumpu selepas melalui kanta. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kekenyalan | elasticity | Keupayaan bahan untuk kembali ke bentuk asal selepas dikenakan daya luaran. | Menengah Rendah |
menumpu | converge | Keadaan cahaya yang menjurus kepada suatu titik selepas melalui suatu kanta cembung. | Menengah Atas |
keabadian momentum linear | conservation of linear momentum | Jumlah momentum sebelum dan selepas pelanggaran sesuatu objek adalah sama, dengan syarat tiada daya luar bertindak pada objek tersebut. | Menengah Atas |
gema | echo | Gelombang bunyi yang terpantul dan kembali semula ke sumber penghantarannya selepas tempoh tertentu. Gema biasanya mempunyai magnitud yang cukup besar apabila terkena permukaan yang keras. | Menengah Rendah |
belauan | diffraction | Fenomena yang dikesan apabila gelombang air, bunyi dan cahaya tersebar selepas menerusi celah atau halangan. Contohnya, gelombang air. Lihat Rajah | Menengah Atas |
peringkat dewasa | adulthood | Tempoh masa kehidupan yang dilalui oleh seseorang dalam proses kehidupan selepas zaman remaja sehingga mencapai usia tua. | Menengah Rendah |