Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.sa] | سماس

Definisi : 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diper­katakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.sa] | سماس

Definisi : 1 pd ketika; pd waktu: Dia datang tadi ~ saya tidak ada di rumah. 2 sedang berlaku atau bkn masa kini (sekarang): hal ehwal ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Peribahasa

Hidup kayu berbuah,
     hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).

Bermaksud :

Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kitaran haidmenstrual cycleKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang telah mencapai usia baligh dan tidak hamil. Kitaran ini berlaku dalam tempoh 28 hari.Menengah Rendah
kitaran haidmenstrual cycleKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa pada seseorang wanita yang telah baligh dan tidak hamil, biasanya terjadi dalam selang empat minggu.Menengah Atas
iklimclimatePola cuaca di sesuatu kawasan tertentu dari semasa ke semasa. Iklim dipengaruhi oleh angin, suhu dan taburan hujan, keamatan cahaya, topografi dan altitud.Menengah Rendah
titik pampasancompensation pointTakat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis.Menengah Atas
gentian gelendongspindle fibreRangkaian gentian yang terbentuk semasa peringkat profasa. Sesetengah mikrotubul melekat pada sentromer kromosom dan memisahkan kromosom ke kutub yang bertentangan semasa anafasa.Menengah Atas
ujian pranatalprenatal testingUjian semasa mengandung yang terdiri daripada ujian rutin, ujian saringan dan ujian diagnosis.Menengah Atas
histaminahistamineBahan yang dirembes semasa tindak balas alergi.Menengah Atas
nyalaanflameGumpalan gas bercahaya yang terhasil semasa pembakaran.Menengah Rendah
orbitorbitLaluan yang diikuti oleh planet semasa beredar mengelilingi matahari. Lihat RajahSekolah Rendah
ralat rawakrandom errorRalat yang berlaku semasa pengukuran sesuatu, yang tidak boleh diramal dan menyebabkan nilai yang diperoleh tidak tekal apabila pengukuran diulang.Menengah Atas
1234

Kembali ke atas