Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mua] | سموا

Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mua] | سموا

Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
autosomautosomeSemua kromosom yang terdapat di dalam nukleus sel kecuali kromosom yang menentukan jantina sesuatu organisma.Menengah Atas
biojisimbiomassJumlah jisim semua hidupan atau organisma di sesuatu kawasan. Semakin besar sesuatu organisma itu, semakin tinggi pula nilai biojisimnya. Biojisim biasanya ditentukan oleh jisim kering organisma.Menengah Rendah
selcellUnit asas bagi semua organisma.Menengah Rendah
biojisimbiomass1. Jumlah jisim semua organisma yang membentuk populasi atau aras trofik yang menduduki sesuatu kawasan. 2. Bahan biologi yang digunakan sebagai bahan api atau sumber tenaga.Menengah Atas
alam haiwananimal kingdomMerangkumi semua kumpulan haiwan.Menengah Atas
litar bersiriseries circuitLitar yang semua bahagiannya disambung dari hujung ke hujung untuk membenarkan satu laluan sahaja bagi aliran arus elektrik.Menengah Rendah
muka gelombangwavefrontGarisan yang menyambungkan semua titik pada medium yang dilintasi oleh gelombang yang bergerak pada fasa yang sama.Menengah Atas
gelombang satahplane waveGelombang yang semua kedudukan perbatasan gelombangnya membentuk satah selari yang normal ke arah perambatan.Menengah Atas
makanan seimbangbalanced dietMakanan yang mempunyai semua zat seperti protein, karbohidrat, lemak, air dan vitamin yang cukup, yang diperlukan oleh badan.Sekolah Rendah
lut sinartransparentSifat bahan yang membenarkan semua cahaya melaluinya. Contohnya, cermin pintu. Lihat RajahSekolah Rendah
1234

Kembali ke atas