Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.du/] | سندوق

Definisi : 1. segala jenis alat yg digunakan utk mencedok nasi (menimbuk gulai dll), centong, sudip: ~ nasi (gulai dll); 2. sudu, camca: ~ makan (teh, sup, dll); ~ dan periuk (belanga) lagi berhantuk (berlaga) prb suami isteri (kaum keluarga dll) ada kalanya berselisih juga; ~ berdegar-degar nasi habis budi dapat prb kalau membuat pekerjaan kurang hati-hati akhirnya akan mendapat malu; ~ besar tak menge-nyang prb janji sahaja yg banyak dibuat tetapi tidak ditepati; berani ~ pengedang, air hangat direnanginya prb berani yg membuta tuli; kulai-balai bagai ~ didukung prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya; menyenduk mencedok dgn senduk: ia terus ~ nasi ke pinggan suaminya, kemudian ke pinggannya sendiri; menyendukkan mencedok (mengaut dll) sesuatu utk membubuhkan; tersenduk sudah disenduk, tercedok; nasi ~ tidak termakan prb tidak dapat merasainya walaupun sudah diperoleh, belum menjadi rezeki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.du/] | سندوق

Definisi : ; ular (tedung) ~ sj ular (yg berwarna hitam dan bertampuk kuning pd lehernya), Naja trupudians. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.du/] | سندوق

Definisi : alat spt sudu tetapi lebih besar yg digunakan utk mencedok nasi (gulai dll); centong: ~ nasi; ~ gulai. menyenduk mencedok (nasi dll) dgn senduk: Selepas ~ nasi ke pinggannya, dia pun membasuh tangan lalu makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senduk (kata nama)
Bersinonim dengan centong, sudip, pencedok, tanjur, sodek, sibur, cikok, irus, sudu, kelido, camca;,
Kata Terbitan : menyenduk, menyendukkan, tersenduk,

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Senduk dan periuk lagi berantuk.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penebat habaheat insulatorBahan yang digunakan untuk mengurangkan atau menghalang pemindahan haba. Contohnya, senduk kayu.Menengah Rendah

Kembali ke atas