Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bersentuh 1. kena sedikit pd, ber-hantuk sedikit dgn, mengenai (antara dua benda), bersenggol: penyakit ini berjangkit kerana ~ dgn badan orang yg berpenyakit; 2. bh bersetubuh; bersentuhan 1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit: kerana disesak orang, ~lah aku dgn gadis itu; 2. ki bersangkut-paut (dgn), berkaitan (dgn); menyentuh 1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah: dia berasa pipinya di-sentuh orang; 2. melanggar sedikit, terkena pd, terhantuk pd: lengannya luka kerana ~ dawai berduri; 3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal): kali ini saya ~ ke-dudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar; 4. menyinggung (perasaan), meng-ganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (pe-rasaan terharu, sedih, dsb); menyentuhi mengenai, mencecah: langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi; tersentuh 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkata-kan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ lang-sung dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasa-an), terganggu (perasaan), terharu: dia lekas ~; sentuhan senggolan, singgungan: ~ tangan yg takut-takut; kesentuhan 1. kena sentuh, disentuh; 2. dirasuki (dimasuki) orang halus; persentuhan perihal bersentuh (bersenggol, bergesel); penyentuhan perbuatan menyentuh; penyentuh sesuatu yg digunakan utk me-nyentuh (sesungut pd serangga dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sentuh
Kata Terbitan : bersentuh, bersentuhan, menyentuh, tersentuh, sentuhan, kesentuhan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
proses Sentuhcontact processProses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran.Menengah Atas
organ deriasense organsOrgan yang berfungsi menerima rangsangan dalaman dan luaran, iaitu mata sebagai deria penglihatan, telinga sebagai deria pendengaran, hidung sebagai deria bau, kulit sebagai deria sentuh dan lidah sebagai deria rasa.Sekolah Rendah

Kembali ke atas