Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hampas benda yg telah dikunyah dan dihisap airnya (spt tebu, sirih, dll): maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kpd tuan puteri Kuntum Ratna Sari; sepelontar ~ sirih jarak yg dekat sekali; ~ tembakau Kl a) sesuatu yg tidak berguna lagi; b) sampah masyarakat; habis manis ~ dibuang prb digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan; menyepah mengambil sari atau air drpd sesuatu (spt sirih, tebu, dll) dgn mengunyah: apa yg disepah oleh budak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hampas drpd sesuatu (spt sirih, tebu) yg sudah dikunyah atau dihisap airnya: Habis manis ~ dibuang. menyepah mengambil air drpd sesuatu dgn mengunyah benda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepah
Rujuk :hampas

Puisi
 

Sepah bulan di hujung jari,
     Buah belimbing pengelok kuku;
Kalau jatuh bulan abang mari,
     Jentik dinding bukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ada sirih hendak makan sepah.

Bermaksud :

Ada yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ulat gonggokmillipedeSejenis haiwan berbentuk silinder yang panjang dan mempunyai rangka luar. Rangka luarnya terbahagi kepada 20 - 100 segmen yang bersambung-sambung dan setiap segmen mempunyai dua pasang kaki. Ulat gonggok dikenali juga sebagai sepah bulan atau mentibang. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas