Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.pi.han] | سرڤيهن

Definisi : kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.pi.han] | سرڤيهن

Definisi : bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serpih (adjektif)
Bersinonim dengan sumbing, serpai, sompek, rompes, pecah sedikit, cempek, sobek, cebeh-cebeh, sontak;,
Kata Terbitan : menyerpih, serpihan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
plateletplateletSerpihan sel yang terdapat dalam darah yang berfungsi membantu pembekuan darah. Sel ini tidak mempunyai nukleus dan diperoleh daripada sumsum tulang.Menengah Rendah
tanahsoilSerpihan kecil batu dan bahan reputan daripada hidupan yang telah mati.Sekolah Rendah
meteoroidmeteoroidSerpihan batu kecil yang terapung dan bergerak di angkasa lepas. Apabila meteoroid menghampiri bumi, tarikan graviti bumi menyebabkan meteoroid jatuh ke arah bumi. Lihat RajahSekolah Rendah
meteormeteorSerpihan meteoroid yang jatuh memasuki atmosfera bumi. Meteor yang jatuh bergeser dengan gas-gas di atmosfera. Meteor tersebut akan terbakar dan menghasilkan garis cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang. Lihat RajahSekolah Rendah
plateletplateletSerpihan sel tanpa nukleus yang terdapat di dalam darah, membantu pembekuan darah.Menengah Atas
pengklonancloning1. Proses menghasilkan sekumpulan sel atau organisma seperti bakteria, serangga atau tumbuhan yang seiras dari segi genetik melalui pembiakan aseksual. 2. Proses yang digunakan untuk membuat salinan serpihan DNA, sel atau organisma.Menengah Atas

Kembali ke atas