rembesan tubul | tubular secretion | Rembesan ion serta bahan buangan lain yang digerakkan atau dipindahkan ke dalam tubul berlingkar distal. | Menengah Atas |
bintang | star | Jasad cakerawala yang panas dan bercahaya serta menjana tenaga haba. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
steroid | steroid | Sebatian organik yang kompleks termasuk kolesterol serta hormon seperti estrogen dan progesteron. | Menengah Atas |
perumah | host | Organisma yang digunakan oleh parasit sebagai tempat tinggalnya, serta sebagai sumber makanan dan perlindungan. | Menengah Rendah |
fizik | physics | Ilmu sains yang mengkaji fenomena alam semula jadi serta sifat-sifat jirim dan tenaga seperti haba, cahaya, bunyi, graviti, kemagnetan dan perkaitan antara semua sifat tersebut. | Menengah Rendah |
asbestos | asbestos | Bahan bergentian yang boleh menebat haba dan elektrik serta lengai secara kimia. Asbestos biasanya digunakan untuk membuat bumbung atau siling rumah. | Menengah Rendah |
hematit | haematite | Bijih besi yang terdiri daripada ferum(III) oksida serta sedikit benda asing. Formula kimia Fe2O3. | Menengah Atas |
alga | algae | Kumpulan tumbuhan yang paling ringkas dan tidak mempunyai batang serta daun yang jelas. Alga boleh melakukan proses fotosintesis. Kebanyakan alga terdapat di dalam air, tanah dan batang tumbuh-tumbuhan. Contohnya, rumpai laut. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tenaga haba | heat energy | Tenaga yang diperoleh daripada pembakaran bahan api fosil, geseran serta bahan atau objek yang panas. Tenaga haba dikenali juga sebagai tenaga terma. | Menengah Rendah |
pipet | pipette | Tiub kaca yang sempit dan kedua-dua hujungnya terbuka untuk memindahkan serta mengukur isi padu cecair. | Menengah Rendah |