hibernasi | hibernation | Keadaan sesetengah haiwan yang tidak aktif atau tidur sepanjang musim sejuk. Contohnya, beruang. | Sekolah Rendah |
lateks | latex | Cecair putih yang terdapat pada sesetengah tumbuhan. Cecair ini terdiri daripada damar, lemak, lilin dan campuran bahan kompleks lain dalam komposisi tertentu mengikut spesies tumbuhan. Contohnya, susu getah. | Menengah Rendah |
peparu | lung | Organ pernafasan dalam badan manusia dan sesetengah haiwan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulu | fur | Rambut yang halus, pendek dan lembut pada sesetengah haiwan. Contohnya, bulu kucing. | Sekolah Rendah |
kulit | skin | Lapisan luar yang menutupi dan melindungi badan manusia, sesetengah haiwan, tumbuhan, buah atau biji benih daripada kecederaan dan kerosakan. | Menengah Rendah |
tekanan akar | root pressure | Tekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan. | Menengah Atas |
gentian gelendong | spindle fibre | Rangkaian gentian yang terbentuk semasa peringkat profasa. Sesetengah mikrotubul melekat pada sentromer kromosom dan memisahkan kromosom ke kutub yang bertentangan semasa anafasa. | Menengah Atas |
rangka luar | exoskeleton | Struktur penyokong keras yang berada di sebelah luar kulit sesetengah organisma. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
cendawan | mushroom | Tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berakar dan membiak melalui spora. Sesetengah cendawan tidak boleh dimakan kerana beracun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulu tebal | thick fur | Bulu yang tebal dan melitupi tubuh atau badan sesetengah haiwan. Contohnya, bulu yang melitupi badan orang utan dan beruang kutub. | Sekolah Rendah |