migrasi | migration | Perpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya. | Menengah Atas |
pengapungan | float | Proses untuk mengapungkan objek dalam sesuatu cecair. Sesuatu objek akan terapung di atas cecair apabila ketumpatannya kurang daripada ketumpatan cecair itu. Contohnya, minyak berada di atas air kerana ia kurang tumpat berbanding air. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
penggandaan | duplication | Penduaan sesuatu gen atau sesuatu segmen kromosom. | Menengah Atas |
peredaran | revolution | Proses pergerakan sesuatu objek secara mengelilingi sesuatu. Contohnya, peredaran bumi mengelilingi matahari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
biojisim | biomass | Jumlah jisim semua hidupan atau organisma di sesuatu kawasan. Semakin besar sesuatu organisma itu, semakin tinggi pula nilai biojisimnya. Biojisim biasanya ditentukan oleh jisim kering organisma. | Menengah Rendah |
faktor pengehad | limiting factor | Faktor sekitaran yang mengehadkan kadar sesuatu proses atau pertumbuhan sesuatu organisma atau populasi. Faktor ini biasanya berubah-ubah sejajar dengan perubahan persekitaran. | Menengah Atas |
lengkung pertumbuhan | growth curve | Graf yang menunjukkan kadar pertumbuhan umum sesuatu organisma dalam sesuatu tempoh. | Menengah Rendah |
kertas litmus | litmus paper | Kertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rangsangan | stimulus | Sesuatu yang mencetuskan tindakan dan menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi. | Sekolah Rendah |
melilit | twine | Melingkarkan sesuatu objek atau bahan menggunakan sesuatu seperti tali atau benang. | Sekolah Rendah |