Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ri.ka] | ستريک

Definisi : sj alat (diperbuat drpd besi) yg di­panaskan utk menggosok kain baju dll supaya licin; ~ arang seterika yg dipanaskan dgn arang; ~ elektrik seterika yg dipanaskan dgn tenaga elektrik; berseterika telah digosok atau dilicinkan dgn seterika (kain baju dll): seluar biru panjang yg dipakainya itu keras berkanji dan licin ~; menyeterika menggosok (melicinkan) dgn seterika: bangku ini berguna utk ~ baju kanak-kanak atau lengan baju; seterikaan 1. barang-barang yg (hendak dan sudah) diseterika; 2. Jk seterika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ri.ka] | ستريک

Definisi : alat yg dibuat drpd besi dan digunakan utk menggosok kain baju supaya licin: ~ arang seterika yg dipanaskan dgn arang; ~ elektrik seterika yg dipanaskan dgn tenaga elektrik. berseterika (telah) digosok atau dilicinkan dgn seterika: Bajunya tidak pernah ~. menyeterika menggosok kain baju dgn seterika supaya licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seterika


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
perkakasappliancePeralatan yang dicipta untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Contohnya, seterika elektrik dicipta untuk memudahkan kerja menyeterika pakaian.Sekolah Rendah

Kembali ke atas