silikon | silicon | Unsur separa logam yang bergabung dengan unsur-unsur lain untuk membentuk sebatian seperti pasir dan kuarza. | Menengah Rendah |
silika | silica | Sebatian berhablur berwarna putih atau jernih, berbentuk kristal, larut dalam alkali lebur dan asid hidrofluorik, dan mempunyai takat lebur 1710°C. Sebatian ini terdiri daripada unsur silikon dan oksigen. Contohnya, pasir dan kuarza. Silika dikenali juga sebagai silikon dioksida. Formula SiO2. | Menengah Rendah |
silikat | silicate | Sebatian yang terdiri daripada unsur silikon, oksigen dan logam, digunakan untuk membuat simen dan kaca. Contohnya, asbestos, mika dan tanah liat. | Menengah Rendah |
kalsium silikat | calcium silicate | Sebatian kimia yang mengandungi kalsium, silikon dan oksigen. Kalsium silikat biasanya digunakan sebagai bahan penebat. Formula CaSiO3. | Menengah Rendah |
metaloid | metalloid | Unsur kimia yang mempunyai sifat perantara, antara logam dengan bukan logam. Contohnya, boron, silikon, germanium, arsenik, dan telurium yang bersifat semikonduktor elektrik, dan oksida yang bersifat amfoterik. | Menengah Atas |
gangsa | bronze | Aloi kuprum yang mengandungi 1 - 10% timah. Gangsa yang khusus mengandungi unsur lain seperti aluminium, zink, silikon dan fosforus. | Menengah Rendah |
diafragma | diaphragm | 1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera. | Menengah Atas |