silinder penyukat | measuring cylinder | Alat yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair. | Menengah Rendah |
silinder penyukat | measuring cylinder | Alat yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair secara tepat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
silinder | cylinder | Objek yang mempunyai satu permukaan yang melengkung, panjang, lurus dan dua hujung bulat yang sama saiz. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
magnet silinder | cylindrical magnet | Magnet yang berbentuk silinder. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
silinder penyukat bersenggat | graduated measuring cylinder | Alat makmal yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair. Silinder ini umumnya lebih tepat ukurannya berbanding kelalang makmal dan bikar. Walau bagaimanapun, ukurannya kurang tepat berbanding kelalang volumetrik atau pipet volumetrik. | Menengah Atas |
wayar | wire | Bahan berbentuk silinder yang fleksibel atau rod logam yang bersalut. Wayar biasanya berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik atau membawa isyarat telekomunikasi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kaleidoskop | kaleidoscope | Alat yang berbentuk silinder, yang dipasang dengan beberapa keping cermin dan berisi kaca berwarna-warni. Apabila kaleidoskop diputar, pelbagai corak dapat dilihat melalui kanta mata. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ulat gonggok | millipede | Sejenis haiwan berbentuk silinder yang panjang dan mempunyai rangka luar. Rangka luarnya terbahagi kepada 20 - 100 segmen yang bersambung-sambung dan setiap segmen mempunyai dua pasang kaki. Ulat gonggok dikenali juga sebagai sepah bulan atau mentibang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bikar | beaker | Bekas kaca yang berbentuk silinder, berbibir, tidak bertutup dan biasanya digunakan untuk mengisi cecair. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
empulur | pith | Bahagian tengah batang tumbuhan, yang berbentuk silinder, lazimnya lembut, dan biasanya terdiri daripada tisu parenkima. Bahagian yang dikelilingi oleh tisu vaskular ini berfungsi sebagai penyimpan makanan. Lihat Rajah | Menengah Atas |