magnet silinder | cylindrical magnet | Magnet yang berbentuk silinder. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
silinder penyukat | measuring cylinder | Alat yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair secara tepat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
silinder | cylinder | Objek yang mempunyai satu permukaan yang melengkung, panjang, lurus dan dua hujung bulat yang sama saiz. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bikar | beaker | Bekas kaca yang berbentuk silinder, berbibir, tidak bertutup dan biasanya digunakan untuk mengisi cecair. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
wayar | wire | Bahan berbentuk silinder yang fleksibel atau rod logam yang bersalut. Wayar biasanya berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik atau membawa isyarat telekomunikasi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kaleidoskop | kaleidoscope | Alat yang berbentuk silinder, yang dipasang dengan beberapa keping cermin dan berisi kaca berwarna-warni. Apabila kaleidoskop diputar, pelbagai corak dapat dilihat melalui kanta mata. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cacing | worm | Haiwan invertebrat yang berbadan lembut, panjang dan berbentuk silinder atau pipih, hidup di dalam tanah, sungai atau laut. Contohnya, cacing gelang dan cacing kerawit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
empulur | pith | Bahagian tengah batang tumbuhan, yang berbentuk silinder, lazimnya lembut, dan biasanya terdiri daripada tisu parenkima. Bahagian yang dikelilingi oleh tisu vaskular ini berfungsi sebagai penyimpan makanan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
ulat gonggok | millipede | Sejenis haiwan berbentuk silinder yang panjang dan mempunyai rangka luar. Rangka luarnya terbahagi kepada 20 - 100 segmen yang bersambung-sambung dan setiap segmen mempunyai dua pasang kaki. Ulat gonggok dikenali juga sebagai sepah bulan atau mentibang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tiub Geiger-Muller | Geiger-Muller tube | Tiub yang terdiri daripada kebuk logam yang berbentuk silinder, berisi gas pada tekanan rendah, pada paksinya terdapat dawai halus yang bertindak sebagai anod. Tiub ini digunakan sebagai pembilang sinaran. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |