Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.bol] | سيمبول

Definisi : 1. sesuatu yg mewakili sesuatu yg lain, lambang, tanda: raja berketurunan tidak di­buang tetapi dijadikan kepala negara sbg ~ kenegaraan; 2. ark contoh: hiduplah dgn rukun dan damai supaya menjadi ~ kpd orang di dlm masyarakatmu; bersimbolkan menggunakan sesuatu sbg simbol, berlambangkan: garisan lurus yg bercerun positif, ~ x dan y. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.bol] | سيمبول

Definisi : sesuatu yg dijadikan tanda utk mengenal sesuatu dll; lambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simbol (kata nama)
1. Bersinonim dengan lambang: tanda, logo ideograf, ideogram,

2. Bersinonim dengan contoh: ikutan, teladan, turutan.,



Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
simbolsymbolTanda yang digunakan untuk melambangkan keadaan suatu bahan atau perkara. Lihat RajahSekolah Rendah
simbol litarcircuit symbolSimbol elektronik yang mewakili pelbagai peranti elektrik dan elektronik seperti transistor, sel kering dan suis.Menengah Rendah
simbol amaran bahayahazard symbolSimbol yang menunjukkan bahaya sesuatu bahan. Lihat RajahMenengah Rendah
wattwattUnit bagi kuasa. Simbol W.Menengah Rendah
newtonnewtonUnit untuk daya. Simbol N.Menengah Rendah
ohmohmUnit untuk mengukur rintangan elektrik. Simbol Ω.Menengah Rendah
joulejouleUnit kerja atau tenaga dengan simbol J (joule). 1 joule bersamaan dengan 1 watt per saat dan 0.2388 kalori.Menengah Rendah
piktografpictographCara menunjukkan data melalui perwakilan simbol atau imej.Sekolah Rendah
gambar rajah litarcircuit diagramGambar rajah yang menggunakan simbol untuk mewakili semua komponen dalam litar dan bagaimana komponen tersebut bersambung antara satu dengan yang lain. Lihat RajahSekolah Rendah
ampereampereUnit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi mengukur arus elektrik. Simbol A.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas