sindrom kurang daya tahan penyakit | AIDS | Penyakit yang disebabkan oleh virus imunodefisiensi manusia (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam badan seseorang tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Rendah |
sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) | Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) | Penyakit yang menyebabkan seseorang tidak berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit. | Sekolah Rendah |
sindrom prahaid (PMS) | premenstrual syndrome | Tanda-tanda atau gejala fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh wanita sebelum bermulanya haid. | Menengah Atas |
sindrom fetal alkohol | foetal alcohol syndrome | Kecacatan kelahiran yang disebabkan oleh pengambilan alkohol yang berlebihan semasa mengandung. | Menengah Atas |
sindrom Turner | Turner syndrome | Sindrom pada manusia yang mempunyai kromosom seks XO. Individu yang terlibat berfenotip perempuan, tetapi lazimnya mandul. | Menengah Atas |
sindrom Klinefelter | Klinefelter syndrome | Sindrom pada manusia yang mempunyai kromosom seks XXY. Individu yang terlibat berfenotip lelaki, tetapi mempunyai ciri keperempuanan serta mandul. | Menengah Atas |
sindrom Down | Down syndrome | Sindrom pada manusia, iaitu kecacatan sejak lahir yang berpunca daripada mutasi kromosom, iaitu kromosom yang terlebih satu pada kromosom ke-21. Ia mengakibatkan kemerosotan intelektual dan ketidaknormalan fizikal. Contohnya, dahi lebar, mata sepet dan hidung penyek. | Menengah Atas |
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) | Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) | Sindrom pada manusia yang disebabkan oleh virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Atas |