sistem sokongan | support system | Sesuatu ciri yang dapat membantu haiwan atau tumbuhan untuk terus hidup. Contohnya, cangkerang, rangka luar dan dalam pada haiwan, duri serta sulur paut pada tumbuhan. | Menengah Atas |
akar dakap | clasping roots | Akar yang berpaut pada tumbuhan lain sebagai sokongan. Contohnya, akar pokok duit-duit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
akar dakap | clasping root | Akar yang melekap pada tumbuhan atau struktur lain sebagai sokongan. Contohnya, akar pokok duit-duit. Akar ini dikenali juga sebagai akar cengkam. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akar sokong | prop root | Akar yang tumbuh daripada batang dan juga daripada dahan, yang menjadi sokongan yang kuat kepada pokok itu. Contohnya, akar pokok pandan, tebu dan jagung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
substrat | substrate | 1. Bahan yang bertindak balas terhadap enzim atau mangkin. 2. Bahan makanan atau sokongan kepada tumbuhan atau haiwan yang kurang bergerak. | Menengah Atas |
akar jangkang | stilt root | Akar yang keluar mengunjur daripada pangkal pokok untuk menambah luas permukaan dasar sokongan. Contohnya, akar pokok bakau. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sulur paut | tendril | Struktur khusus pada tumbuhan untuk memanjat dan berpaut pada tumbuhan atau struktur lain bagi mendapatkan sokongan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
berkas vaskular | vascular bundle | Jalur memanjang dari akar ke daun yang terdiri daripada xilem dan floem. Berkas ini berfungsi dalam sistem pengangkutan dan sokongan. | Menengah Rendah |