pembentukan spora | spore formation | Proses penghasilan spora untuk pembiakan aseks. Spora terbentuk dalam kebanyakan organisma eukariot seperti tumbuhan tidak berbunga, alga dan kulat. | Menengah Rendah |
spora | spore | Sel pembiakan bagi cendawan, lumut dan tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga seperti paku pakis. | Menengah Rendah |
spora | spore | Sel pembiakan yang berkembang menjadi individu tanpa pensenyawaan dengan sel pembiakan bagi tumbuh-tumbuhan. Contohnya, paku pakis dan cendawan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
spora | spore | Biji-biji kecil yang merupakan sel bagi tumbuh-tumbuhan tidak berbunga seperti paku pakis. Spora terletak di bawah daun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mikrospora | microspore | Spora yang lazimnya bersaiz kecil, yang terbentuk di dalam mikrosporangium. Spora ini membentuk gametofit jantan. | Menengah Atas |
cendawan | mushroom | Tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berakar dan membiak melalui spora. Sesetengah cendawan tidak boleh dimakan kerana beracun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
percambahan | germination | Perkembangan awal embrio biji benih menjadi anak benih, atau spora menjadi tumbuhan yang muda, dalam sekitaran yang sesuai, iaitu dengan adanya air, oksigen, dan suhu yang sesuai. Lihat Rajah | Menengah Atas |
paku pakis | fern | Sejenis tumbuhan berdaun, berbentuk seperti bulu pelepah dan membiak melalui spora yang terdapat di bahagian bawah daun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tumbuhan tak berbunga | non-flowering plant | Tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga atau biji. Tumbuhan ini biasanya mengeluarkan spora. Contohnya, pokok paku pakis. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pembiakan aseks | asexual reproduction | Pembiakan yang tidak melibatkan penyatuan dua gamet, contohnya pembiakan melalui proses pembelahan, pembentukan spora, dan pertunasan. | Menengah Atas |