Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dut] | سودوت

Definisi : 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sem­bahyang maghrib, sesetengah orang berang­kat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah menge­lilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudut­sudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.dut] | سودوت

Definisi : 1 bahagian tepi sesuatu ruang yg letaknya di antara dua bidang yg bertemu; penjuru: ~ bilik. 2 bidang atau kawasan di antara dua garisan yg bertemu pd satu titik: ~ tepat sudut 90o. 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu, ayat itu memang salah. ~ bersebelahan sudut yg letaknya bersebelahan dan mempunyai satu sempadan yg sama. ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. ~ cakah sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. ~ hati (jantung) jantung hati. ~ lurus sudut yg besarnya 180o. ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180o. ~ tegak sudut yg besarnya 90o. ~ tirus sudut yg kurang drpd 90o. menyudut 1 merupakan sudut. 2 ke (di) sudut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudut (kata nama)
1. Bersinonim dengan penjuru: bucu, pelosok, pojok, ceruk jorong, jokir,

2. Bersinonim dengan segi: arah pandangan, dasar pandangan.,


Puisi
 

Nyiur kapas di sudut rumah,
     Bunga ke mana dilonggokkan;
Abanglah lepas dari rumah,
     Adiklah gila dimabukkan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Langit dapat dilukis,
     sudut kambut diserayakan.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sudut gentingcritical angleSudut tuju bagi cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan menghasilkan sudut biasan 90°.Menengah Atas
pantulan dalam penuhtotal internal reflectionPantulan cahaya apabila ia merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan sudut tujunya melebihi sudut genting. Lihat RajahMenengah Atas
sudut tujuangle of incidenceSudut di antara sinar tuju dengan garis normal. Lihat RajahMenengah Rendah
sudut pembiasanangle of refractionSudut di antara sinar biasan dengan garis normal. Lihat RajahMenengah Rendah
sudut pantulanangle of reflectionSudut di antara sinar pantulan dengan garis normal. Lihat RajahMenengah Rendah
sudut tujuangle of incidenceSudut di antara sinar atau gelombang tuju dari garis normal pada titik tuju.Menengah Atas
sudut pantulanangle of reflectionSudut di antara sinaran atau gelombang yang dipantulkan dengan garis normal pada titik pantulan. Lihat RajahMenengah Atas
sudut biasanangle of refractionSudut di antara sinaran atau gelombang yang dibiaskan dari garis normal pada titik biasan. Lihat RajahMenengah Atas
garis melengkungcurved lineGarisan yang berkelok dan tidak mempunyai sudut.Menengah Rendah
segi empat tepatrectangleBentuk segi empat yang keempat-empat sudutnya ialah sudut tepat, 90°. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas