konduksi | conduction | Proses pemindahan tenaga haba menerusi pepejal dari suhu tinggi ke suhu yang lebih rendah. | Menengah Rendah |
suhu | temperature | Darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan atau objek dan boleh disukat menggunakan termometer atau dapat dirasai melalui sentuhan. | Sekolah Rendah |
suhu bilik | room temperature | Suhu normal dalam sesebuah bilik, biasanya pada sekitar 28°C. | Sekolah Rendah |
suhu | temperature | Darjah kepanasan sesuatu jasad. Suhu diukur dengan menggunakan termometer. | Menengah Rendah |
suhu | temperature | Darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu jasad, contohnya, skala celsius, kelvin atau fahrenheit. Suhu diukur dengan menggunakan termometer. | Menengah Atas |
homoioterma | homoiotherm | Haiwan yang suhu badannya malar dan bebas daripada pengaruh suhu persekitaran. Homoioterma umumnya disebut haiwan berdarah panas. Contohnya, burung dan mamalia. | Menengah Rendah |
poikiloterma | poikilotherm | Organisma yang mempunyai suhu badan yang berubah-ubah mengikut suhu persekitaran. Contohnya, katak. | Menengah Rendah |
takat lebur | melting point | Suhu ketika sesuatu pepejal menjadi cecair. Takat lebur ais adalah pada suhu 0°C. | Menengah Rendah |
pentermokawalaturan | thermoregulation | Mekanisme yang mengawal atur suhu tubuh mamalia dan unggas supaya tetap walaupun suhu persekitaran berubah-ubah. Mekanisme ini dilakukan dengan menyeimbangkan kehilangan dan kemasukan haba dari atau ke dalam tubuh. | Menengah Atas |
haiwan berdarah sejuk | cold blooded animals | Haiwan yang mempunyai suhu badan yang dapat berubah-ubah mengikut suhu persekitaran. Contohnya, haiwan daripada kumpulan reptilia, ikan dan invertebrat. | Menengah Rendah |