asid sulfurik | sulphuric acid | Asid yang tidak berwarna, sangat mengakis dan larut dalam air. Asid ini digunakan dalam akumulator kereta, dan untuk membuat baja, bahan letupan, pewarna dan bahan pencuci. Formula H2SO4. | Menengah Rendah |
proses Sentuh | contact process | Proses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran. | Menengah Atas |
asid mineral | mineral acid | Asid tak organik seperti asid sulfurik (H2SO4), asid hidroklorik (HCl) dan asid nitrik (HNO3). | Menengah Atas |
hujan asid | acid rain | Hujan yang terbentuk disebabkan air hujan mengandungi asid nitrik dan asid sulfurik. Pembentukannya disebabkan pencampuran air hujan dengan gas cemar udara seperti gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida yang melarut dalam air hujan. | Menengah Rendah |
asid dwibes | dibasic acid | Asid yang mempunyai dua atom hidrogen berasid per molekul. Contohnya, asid sulfurik (H2SO4) dan asid karbonik (H2CO3). | Menengah Atas |
kalium sulfat | potassium sulphate | Garam pepejal putih yang terhasil daripada peneutralan kalium hidroksida atau kalium karbonat dengan asid sulfurik. Formula K2SO4. | Menengah Rendah |
akumulator | accumulator | Sejenis sel kimia yang boleh dicas semula. Akumulator terdiri daripada kepingan plumbum yang dicelup ke dalam larutan asid sulfurik cair. Contohnya, bateri kereta. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |