gelombang radio | radio wave | Gelombang elektromagnet yang mempunyai julat panjang gelombang 10<sup align=left>-1sup> m hingga 10<sup align=left>6sup> m. | Menengah Atas |
sinar-X | X-ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang pendek, iaitu antara 10<sup align=left>-10sup> hingga 10<sup align=left>-7sup> meter. Sinar ini terhasil apabila sinar katod melanggar atom unsur. Sinar-X banyak digunakan dalam bidang penyelidikan dan perubatan. | Menengah Atas |
haba peneutralan | heat of neutralization | Perubahan tenaga apabila satu mol air terbentuk daripada tindak balas antara satu mol ion hidrogen (H<sup align=left>+sup>), dengan satu mol ion hidroksida OH<sup align=left>-sup>. | Menengah Atas |
jisim molekul relatif | relative molecular mass | Jisim purata satu molekul sesuatu bahan berbanding dengan <sup>1sup>⁄12 jisim satu atom karbon-12. | Menengah Atas |
unit jisim atom (u.j.a) | atomic mass unit (a.m.u) | Unit yang digunakan untuk menyatakan jisim sesuatu atom, yang bersamaan dengan <sup>1sup>⁄12 jisim atom karbon-12. | Menengah Atas |
ion hidroksida | hydroxide ion | Ion dengan formula OH<sup align=left>-sup> . Hidroksida logam biasanya bersifat bes, yang larut dalam air membentuk alkali, manakala hidroksida bukan logam bersifat asid. | Menengah Atas |
ion hidrida | hydride ion | Ion negatif hidrogen. Simbolnya, H<sup align=left>-sup>. | Menengah Atas |
sianida | cyanide | Garam tak organik yang sangat beracun dan mengandungi ion sianida (CN<sup align=left>-sup>). | Menengah Atas |
garam ammonium | ammonium salt | Garam yang mengandungi ion NH4<sup align=left>+sup> yang terbentuk daripada tindak balas peneutralan asid dengan ammonium hidroksida atau ammonia (NH3 ). | Menengah Atas |
gelombang mikro | microwave | Gelombang elektromagnet yang dihasilkan oleh pelbagai peranti elektromagnet. Panjang gelombang mikro ialah antara 10<sup align=left>-3sup> m ke 0.03 m. | Menengah Atas |