Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
akomodasiaccommodationPenyesuaian ketebalan kanta mata supaya mata dapat melihat objek pada jarak yang berbeza-beza dengan jelas. Lihat RajahMenengah Rendah
peliharapreserveMenjaga dan melindungi sesuatu supaya berada dalam keadaan yang baik atau selamat.Sekolah Rendah
modulasimodulationPerubahan ciri sesuatu gelombang supaya bersesuaian dengan ciri gelombang yang lain. Jenis modulasi termasuklah modulasi amplitud, frekuensi dan fasa.Menengah Atas
pengawetanpreservationProses untuk mengawet bahan makanan supaya tidak mudah rosak dan boleh disimpan lebih lama.Sekolah Rendah
meregangkanstretchMenarik dua bahagian objek dalam arah yang bertentangan supaya tegang atau longgar. Lihat RajahSekolah Rendah
bahan awetpreservativeBahan kimia yang ditambah ke dalam bahan makanan supaya tidak mudah rosak atau busuk. Contohnya, asid sorbik dijadikan pengawet keju dan asid benzoik merupakan pengawet makanan dalam tin.Menengah Rendah
pentermokawalaturanthermoregulationMekanisme yang mengawal atur suhu tubuh mamalia dan unggas supaya tetap walaupun suhu persekitaran berubah-ubah. Mekanisme ini dilakukan dengan menyeimbangkan kehilangan dan kemasukan haba dari atau ke dalam tubuh.Menengah Atas
homeostasishomeostasisPengawalaturan persekitaran dalaman dari segi faktor kimia dan fizikal supaya sel berfungsi dalam keadaan optimum.Menengah Atas
bahan awetpreservativeBahan kimia yang ditambah ke dalam bahan makanan supaya tidak mudah rosak atau busuk. Contohnya, asid sorbik dijadikan pengawet keju dan asid benzoik merupakan pengawet makanan di dalam tin.Menengah Atas
homogenhomogeneousPerihal kumpulan yang mengandungi ciri, fasa atau komponen yang sama, supaya komponen tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, campuran homogen gula dan air yang hanya mengandungi satu fasa cecair.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas