sel suria | solar cell | Alat yang menukarkan tenaga suria kepada tenaga elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tenaga suria | solar energy | Tenaga yang diperoleh daripada matahari, iaitu tenaga cahaya dan tenaga haba. Tenaga suria dipancarkan dalam bentuk sinaran elektromagnet. | Menengah Rendah |
sistem suria | solar system | Sistem matahari dan jasad samawi seperti planet, satelit, asteroid, komet dan gugusan meteor yang bergerak mengelilinginya. | Menengah Rendah |
nyalaan suria | solar flare | Ledakan cahaya yang sangat cerah pada permukaan matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. | Menengah Rendah |
angin suria | solar wind | Aliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s. | Menengah Rendah |
tenaga suria | solar energy | Tenaga yang dihasilkan daripada matahari. | Sekolah Rendah |
sistem suria | solar system | Satu sistem yang terdiri daripada matahari sebagai pusat sistem dan unsur-unsur lain seperti planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteor. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Bumi | Earth | Planet ketiga dalam sistem suria dan mempunyai hidupan. | Menengah Rendah |
meteoroid | meteoroid | Jasad kecil yang bergerak dalam sistem suria yang akan menjadi meteor sekiranya memasuki atmosfera bumi. | Menengah Rendah |
satelit | satellite | Peranti yang dilancarkan dari Bumi untuk mengorbit Bumi atau planet lain dalam sistem suria. | Menengah Rendah |