Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susu;

Puisi
 

Masak susu linggang-linggang,
     Putik belimbing diketu-ketu;
Tutup pintu renggang-renggang,
     Petik dinding terbukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
susu getahlatexBendalir yang keluar daripada pokok seperti pokok getah. Lihat RajahSekolah Rendah
gigi susumilk teethGigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat RajahSekolah Rendah
latekslatexSusu getah yang diperoleh daripada pokok getah.Menengah Atas
gigi kekalpermanent teethGigi yang tumbuh menggantikan gigi susu. Biasanya bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun. Set gigi ini termasuklah gigi kacip, gigi taring, geraham kecil, dan gigi geraham. Lihat RajahSekolah Rendah
mamaliamammalHaiwan vertebrat yang mempunyai ciri-ciri seperti badan yang berbulu, mempunyai kelenjar susu dan induk betina yang melahirkan dan menyusukan anak.Menengah Rendah
getahrubberBahan kenyal dan elastik sama ada daripada getah asli yang diperoleh daripada susu pokok getah atau bahan tiruan. Contohnya, tayar. Lihat RajahSekolah Rendah
prolaktinprolactinHormon yang disintesiskan dan disimpan dalam kelenjar pituitari anterior, yang menggalakkan penghasilan susu selepas proses kelahiran, dan juga merangsang korpus luteum untuk merembeskan progesteron pada ovari.Menengah Atas
ampaiansuspensionCampuran zarah pepejal atau cecair yang kecil dalam medium cecair atau gas. Contohnya, zarah lemak dalam susu, dan zarah kabut dalam udara.Menengah Rendah
latekslatexCecair putih yang terdapat pada sesetengah tumbuhan. Cecair ini terdiri daripada damar, lemak, lilin dan campuran bahan kompleks lain dalam komposisi tertentu mengikut spesies tumbuhan. Contohnya, susu getah.Menengah Rendah
pempasteuranpasteurizationProses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskannya dalam suhu yang tertentu bagi membunuh hampir keseluruhan bakteria dan diikuti oleh penyejukan dalam suhu yang tertentu. Contohnya, yogurt dan susu. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas