Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : peringkat, tingkat: pemikirannya sudah sampai ke ~ yg begitu tinggi; sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yg lebih tinggi; minyak pelincir yg membawa prestasi enjin ke ~ yg tinggi; bertahap ada tahapnya, berperingkat, ber­tingkat; bertahap-tahap (dgn) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat: projek itu akan dilaksanakan secara ~ dlm tempoh tiga tahun; menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap; penahapan perihal (proses, perbuatan, tinda­kan dsb) membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap: penggolongan dan ~ sastera dlm tulisan beliau. tahapan (Sunda) tingkatan, pangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : , = tahapan had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); peringkat; tingkat. bertahap, bertahap-ta­hap ada tahapnya; berperingkat(-pe­­ring­kat): Pembinaan projek itu ~. menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap. penahapan proses atau per­buatan menahapkan. setahap 1 satu tahap: Mereka berusaha menguasai tek­nologi ~ demi ~. Berbekalkan pasukan berpengalaman, Belanda tampak ~ lebih baik berbanding pasukan lain. 2 sama tahap dgn: Mereka memang terkenal dan berjaya, tetapi jualan album mereka tidaklah ~ yg dicapai penyanyi popular itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahap (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkat, fasa;,
Kata Terbitan : bertahap-tahap,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kepekaansensitivityTahap keupayaan organisma bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti cahaya, air dan daya graviti. Kepekaan juga digunakan dalam pengukuran.Menengah Rendah
kelarutansolubilityTahap sesuatu zat terlarut untuk larut di dalam pelarut pada suhu tetap.Menengah Rendah
keasidanacidityTahap sifat asid sesuatu larutan akueus.Menengah Rendah
kealkalianalkalinityTahap sifat alkali sesuatu larutan akueus.Menengah Rendah
peringkatstageTahap perkembangan yang dicapai dalam sesuatu proses.Sekolah Rendah
kenyaringanloudnessTahap kekuatan bunyi yang bergantung pada amplitud.Menengah Atas
had keupayaanlimitationTahap kemampuan bagi manusia untuk melakukan sesuatu. Contohnya, kemampuan untuk melihat dari jarak jauh.Sekolah Rendah
fasaphasePeringkat atau tahap dalam rangkaian sesuatu perkembangan.Sekolah Rendah
keamatan cahayalight intensityTahap kecerahan cahaya.Menengah Atas
skala MohsMohs’ scaleSkala yang digunakan untuk mengukur tahap kekerasan sesuatu mineral.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas